STRATEGI PERNIAGAAN

Hala tuju dan pendekatan strategik KKIBLM Berhad dalam mengembangkan perniagaan

Koperasi ini berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G3. Selain itu, koperasi turut memiliki lesen dan pensijilan yang sah, termasuk Tax Compliance Certificate (TCC) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi melayakkan koperasi menyertai perolehan perkhidmatan di sektor kerajaan dan swasta.

Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan perniagaan, koperasi sentiasa melibatkan diri dalam penyertaan tender terbuka serta memperkukuh kedudukan dalam pelbagai sektor perkhidmatan yang berpotensi memberikan pulangan mampan.

SKM MOF CIDB Gred G3 TCC (LHDN)
Status Semasa

Aktiviti Perniagaan Semasa

Aktiviti Perniagaan Semasa

Sehingga kini, koperasi sedang melaksanakan beberapa aktiviti perniagaan yang menjadi sumber pendapatan dan pertumbuhan organisasi, antaranya:

  • Perkhidmatan penyelenggaraan lebuhraya dan landskap
  • Perkhidmatan pembersihan
  • Perkhidmatan pemotongan rumput
  • Sewaan lot kedai koperasi
  • Perkhidmatan katering
  • Penganjuran Bazar Ramadan
  • Perkhidmatan penyelenggaraan dan servis penghawa dingin
  • Perkhidmatan RORO bagi pengutipan dan pengurusan sisa pepejal
Hala Tuju

Strategi Pembangunan Jangka Sederhana dan Panjang

Sektor Strategik Masa Hadapan

Bagi memastikan pertumbuhan yang lebih kompetitif, mampan dan berdaya tahan, koperasi merancang untuk memperluaskan penglibatan dalam beberapa sektor strategik yang mempunyai potensi pasaran tinggi, termasuk:

  • Pemasaran dan perkhidmatan promosi
  • Pengurusan acara serta program promosi
  • Perniagaan peruncitan dan pemborongan
  • Perkhidmatan cucian kenderaan (car wash)
  • Pembangunan dan pelaburan hartanah
  • Industri pelancongan
  • Aktiviti pengilangan
  • Sektor pertanian dan asas tani

Melalui kepelbagaian portfolio perniagaan ini, koperasi berhasrat untuk memperkukuh sumber pendapatan, mengurangkan kebergantungan kepada satu sektor sahaja serta meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin dinamik. Pada masa yang sama, strategi ini diyakini mampu mewujudkan peluang pekerjaan, memperluaskan rangkaian perniagaan dan memberikan pulangan yang lebih mampan kepada anggota koperasi pada masa hadapan.