Senarai perkhidmatan dan projek aktif yang dilaksanakan oleh KKIBLM Berhad
Seksyen N2 Gurun-Sg. Petani (KM 83.40 – KM 107.90)
Seksyen N3, N6 & N7 — Segmen D (KM 5.00 – KM 21.80)
Rantau Kedah, Perlis & Pulau Pinang (KKP) — Pakej B
Zon 1 · RO.3 — Kerja-Kerja Pemotongan Rumput
Daerah: Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan & Sik
Zon 1 · RO.7 — Kerja-Kerja Cucian Longkang (Zon 2, 3 & 4)
Daerah: Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan & Sik
Pembersihan Dalaman dan Luaran Masjid
Koperasi Komuniti Islam Bandar Laguna Merbok Berhad menyediakan perkhidmatan tempahan katering sebagai "One Stop Centre" bagi pelbagai jenis majlis dan acara.
Melalui rangkaian vendor yang berpengalaman, kami menawarkan perkhidmatan katering untuk:
Kami komited untuk membantu pelanggan mendapatkan perkhidmatan katering yang berkualiti, mudah dan memenuhi keperluan majlis anda.
Koperasi Komuniti Islam Bandar Laguna Merbok Berhad komited dalam menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pemasangan hawa dingin yang berkualiti kepada komuniti Bandar Laguna Merbok serta kawasan sekitarnya. Perkhidmatan kami meliputi pelbagai jenis dan kapasiti (horsepower), dikendalikan oleh pasukan yang berpengalaman, cekap dan berkemahiran tinggi bagi memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik.
Koperasi Komuniti Islam Bandar Laguna Merbok Berhad terus memperluaskan aktiviti ekonomi melalui pembangunan sektor pertanian berteknologi moden. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, koperasi telah menerima tawaran penyewaan dua lot pertanian di Pusat Pertanian Agrosains, Pekula, Tikam Batu daripada Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk tempoh dua (2) tahun.
Bermula 1 Julai 2026, koperasi akan memulakan operasi sepenuhnya dengan pelaksanaan projek seperti berikut:
Projek ini menggunakan sistem hidroponik yang moden dan sistematik bagi menghasilkan buah rockmelon yang berkualiti tinggi, selamat dimakan serta memenuhi permintaan pasaran.
Penanaman pelbagai jenis sayuran hijau akan dijalankan menggunakan sistem fertigasi meja yang lebih cekap dari segi penggunaan air dan nutrien, sekali gus meningkatkan produktiviti serta kualiti hasil tanaman.
Projek ini akan diuruskan oleh ahli-ahli koperasi yang dipilih berdasarkan minat dan komitmen dalam bidang pertanian. Selain menjana pendapatan kepada koperasi, inisiatif ini turut bertujuan memperkasa penglibatan komuniti dalam sektor agromakanan, menggalakkan penggunaan teknologi pertanian moden serta menyokong agenda keselamatan makanan negara.
Koperasi komited untuk terus membangunkan projek pertanian yang mampan, inovatif dan memberi manfaat kepada ahli serta masyarakat setempat.
Di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah
Tempoh kerja: 22 Julai 2026 – 14 Oktober 2026
Tender Perkhidmatan
Tempoh: 1 Julai 2026 – 30 Jun 2028