Koleksi gambar aktiviti dan program KKIBLM
Perjumpaan dan semakan oleh Jawatankuasa Audit Dalam telah diadakan pada 14 Sep 2026 bertempat di Hijaz Cafe. Turut hadir Bendahari dan Setiausaha KKIBLM
Satu perbincangan diantara Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Pengurus Fasiliti yang baru dilantik [memantau kebersihan dan penyelenggaraan Masjid Andalusia]. Perbincangan dalam dua peringkat iaitu pertama bersama dengan staf pembersihan, dan yang kedua bersama Cg Manap [Setiausaha Masjid Andalusia]. Perbincangan diadakan di pejabat koperasi
Bengkel Undang-Undang Kecil [UUK]. Pihak koperasi telah mengadakan bengkel UUK bagi menyemak dan mengemaskini UUK sedia ada selaras dengan perkembangan koperasi. Bengkel ini dihadiri oleh Ahli Lembaga Koperasi dan juga pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Kuala Muda. Bengkel diadakan di Purest Hotel, Sungai Petani mulai jam 9.30 pagi hingga jam 2.00 petang
Mesyuarat WRM bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan Awam (Civil Maintenance) bersama pihak PLUS Malaysia Berhad, UEM Edgenta serta kontraktor-kontraktor yang terlibat diBilik Mesyuarat Seksyen PLUS N1N2. Koperasi Komuniti Islam Bandar Laguna Merbok (KOOP BLM) telah diwakili oleh:1. Haji Khairuddin bin Shariff – Timbalan Pengerusi 2. Al Syafiq – Setiausaha Perbincangan tertumpu kepada pencapaian prestasi kerja, pematuhan KPI, isu-isu operasi serta tindakan penambahbaikan bagi memastikan mutu perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik. Semoga kerjasama antara pihak PLUS, UEM Edgenta, Koperasi Komuniti Islam Bandar Laguna Merbok dan semua kontraktor terus diperkukuhkan demi mencapai sasaran serta kecemerlangan bersama. Ini secara tidak langsung dapat menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna lebuhraya PLUS.
Timbalan Pengarah [Operasi] Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah membuat lawatan pemantauan projek tanaman di Pekula. Secara keseluruhan Jabatan Pertanian berpuas hati dengan persiapan dan progress tanaman melon dan sayur-sayuran
Penerimaan lori baharu Isuzu untuk kerja-kerja pemungutan sampah di Majlis Perbandaran Taiping selama 2 tahun
Kursus Tanaman Bawang di Taman Agrosains Pekula pada 8 Jul 2026. Sebahagian dari ahli koperasi hadir dalam kursus tersebut