Hala tuju dan pendekatan strategik KKIBLM Berhad dalam mengembangkan perniagaan
Koperasi ini berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G3. Selain itu, koperasi turut memiliki lesen dan pensijilan yang sah, termasuk Tax Compliance Certificate (TCC) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi melayakkan koperasi menyertai perolehan perkhidmatan di sektor kerajaan dan swasta.
Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan perniagaan, koperasi sentiasa melibatkan diri dalam penyertaan tender terbuka serta memperkukuh kedudukan dalam pelbagai sektor perkhidmatan yang berpotensi memberikan pulangan mampan.
Sehingga kini, koperasi sedang melaksanakan beberapa aktiviti perniagaan yang menjadi sumber pendapatan dan pertumbuhan organisasi, antaranya:
Bagi memastikan pertumbuhan yang lebih kompetitif, mampan dan berdaya tahan, koperasi merancang untuk memperluaskan penglibatan dalam beberapa sektor strategik yang mempunyai potensi pasaran tinggi, termasuk:
Melalui kepelbagaian portfolio perniagaan ini, koperasi berhasrat untuk memperkukuh sumber pendapatan, mengurangkan kebergantungan kepada satu sektor sahaja serta meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin dinamik. Pada masa yang sama, strategi ini diyakini mampu mewujudkan peluang pekerjaan, memperluaskan rangkaian perniagaan dan memberikan pulangan yang lebih mampan kepada anggota koperasi pada masa hadapan.