Koleksi gambar aktiviti dan program KKIBLM
Perjumpaan dan semakan oleh Jawatankuasa Audit Dalam telah diadakan pada 14 Sep 2026 bertempat di Hijaz Cafe. Turut hadir Bendahari dan Setiausaha KKIBLM
Satu perbincangan diantara Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Pengurus Fasiliti yang baru dilantik [memantau kebersihan dan penyelenggaraan Masjid Andalusia]. Perbincangan dalam dua peringkat iaitu pertama bersama dengan staf pembersihan, dan yang kedua bersama Cg Manap [Setiausaha Masjid Andalusia]. Perbincangan diadakan di pejabat koperasi
Bengkel Undang-Undang Kecil [UUK]. Pihak koperasi telah mengadakan bengkel UUK bagi menyemak dan mengemaskini UUK sedia ada selaras dengan perkembangan koperasi. Bengkel ini dihadiri oleh Ahli Lembaga Koperasi dan juga pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Kuala Muda. Bengkel diadakan di Purest Hotel, Sungai Petani mulai jam 9.30 pagi hingga jam 2.00 petang