Koleksi gambar aktiviti dan program KKIBLM
Mesyuarat WRM bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan Awam (Civil Maintenance) bersama pihak PLUS Malaysia Berhad, UEM Edgenta serta kontraktor-kontraktor yang terlibat diBilik Mesyuarat Seksyen PLUS N1N2. Koperasi Komuniti Islam Bandar Laguna Merbok (KOOP BLM) telah diwakili oleh:1. Haji Khairuddin bin Shariff – Timbalan Pengerusi 2. Al Syafiq – Setiausaha Perbincangan tertumpu kepada pencapaian prestasi kerja, pematuhan KPI, isu-isu operasi serta tindakan penambahbaikan bagi memastikan mutu perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik. Semoga kerjasama antara pihak PLUS, UEM Edgenta, Koperasi Komuniti Islam Bandar Laguna Merbok dan semua kontraktor terus diperkukuhkan demi mencapai sasaran serta kecemerlangan bersama. Ini secara tidak langsung dapat menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna lebuhraya PLUS.