22 Jun 2026
Perkhidmatan Pemungutan dan Pengangkutan Tong Sampah RORO di Kawasan 2 (Zon E, F dan G) Majlis Perbandaran Taiping. Tempoh Kontrak: 2 Tahun, mulai 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2028. Surat Setuju Terima telah diterima oleh Tuan Haji Khairuddin bin Haji Shariff, Timbalan Pengerusi, Koperasi Komuniti Islam Bandar Laguna Merbok Berhad. Majlis penyerahan telah berlangsung di Pejabat Majlis Perbandaran Taiping, Bahagian Kebersihan Bandar, sebagai simbol kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada koperasi untuk melaksanakan perkhidmatan dengan cemerlang.